Isnin, 13 Mei 2013

CINTA JARAK JAUH !!!!!

As salam kepada semua. .baru siapkan agsment usahawan, so update blog sket. just miss. .haha
Petang tadi member ade cerita, pasangan dia duduk jauh. alaaa mcm cinta jarak jauh la.Korang ade pasangan yang jauh ngn korang?? mesti ade an. .
mehh..kite kongsi tips untuk itu :)

 TIPS CINTA JARAK JAUH :

  • jangan jadikan jarak sebagai masalah
  • kepercayaan diatas segalanya
  • komunikasi sangat penting
  • carilah aktiviti untuk mengisi waktu free korang
  • selalu update
  • luangkan masa untuk bertemu
  • elakkan kata putus dalam petengkaran
guys. . .sape2 yang ade tu amalkan la tips ni, mudah-mudahan hubungan korang makin rapat :)
love u all. .nyte . .double mmmuuaahhhh <3


Ahad, 12 Mei 2013

ADVERTISING PICTURE


hello every body :)
gambar yang kat atas ni time aku wat presentation advertising.

tapi sempat ag snap gambar. .hahaha. 

Jumaat, 10 Mei 2013

Solat Sunat Istikharah

hi guys, ,rase rindu plak nak update blog ni. Ramai dah member2 aku yang dah kawin, yang nak kawin, nak bertunang semua. .tapi aku bile?? tepuk dada tanye slera la. .muda lagi ni. ekonomi pon tak stabil. haha. .tapi sebelum kawin tu, aku syorkan korang semua wat solat sunat istikharah ni. .

taw kew nak wat cam ne?? belajar jom :)

Solat sunat istikharah adalah sejenis solat sunat yang diperaktikkan oleh sebahagian besar masyarakat muslim. Tujuan utama didirikan solat ini adalah meminta petunjuk yang baik daripada Allah swt.

Waktu terbaik untuk mengerjakan solat sunat ini ialah adalah 2/3 malam terakhir. Ianya juga dilakukan sebanyak 2 rakaat.

Niat : "sahaja aku menunaikan solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah taala".

:)_selamat beramal_

Tips Belajar dengan Berkesan

Hari ni guys, aku abiskan masa di library bersama rakan seperjuangan. Kepala penuh dengan kerja yang tak habis2 ag ni.Nasib baik la aku mempunyai kesabaran yang tinggi. Library dipenuhi dengan student2 yang masing2 sibuk wat keje diorang. .Universiti Utara Malaysia. .aku akan berkampung disini selama 3 tahun. Insyaallah :),

Aku nak kongsi tips ari ni. .

BELAJAR DENGAN BERKESAN :

  • menyiapkan jadual waktu tahunan sebagai seorang pelajar
  • membawa peralatan yang cukup semasa ke kelas atau kuliah
  • buat hubungan dua hala dengan guru atau pensyarah
  • bermain dengan warna
  • wujudkan study zone di bilik anda :)
  • ketahui cara terbaik study anda
  • lengkapkan nota
  • jangan bertangguh
  • siapkan diri menghadapi peperiksaan
  • jaga kesihatan
_try this_ good luck <3

Khamis, 9 Mei 2013

CINTA SEJATI



sebenarnya dari mula kejadian kita lagi kita sudah diberi satu fitrah, fitrah untuk mengenal dan mencintai pencipta kita.
_cinta kita kepada pasangan adalah cinta bersebab. .setuju??_

PENGHULU SEGALA HARI

Hi guys, ,salam jumaat buat semua. Hari ni mood aku macam ta oke sangat..tapi hidup mesti diteruskan walau apa keadaan sekalipun. Nak kongsi ni, banyak kelebihan yang ada pada hari jumaat ni. .korang mesti nak taw kan.

Hari jumaat merupakan hari yang paling istimewa bagi kaum muslimin. Kelebihan hari Jumaat :

  • hari yang paling mulia dan merupakan penghulu bagi segala hari
  • waktu yang mustajab untuk berdoa
  • dosa-dosa diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya
Amalan yang patut kita lakukan pada hari Jumaat :
  • membaca surah Al-Sajdah dan surah Al-Insan dalam solat subuh
  • memperbayakkan selawat
  • membaca surah Al-Khafi
  • memperbanyakkan doa
Amalan untuk kaum Adam :
  • mandi,bersiwak dan memakai wangian
  • bergerak awal ke masjid
  • diam mendengar khatib khutbah
  • memakai pakaian yang terbaik
  • melakukan solat sunat selama imam belum naik ke mimbar

Tips Cinta & Perhubungan

Korang sume nak taw, dalam dunia ni ada pelbagai jenis lelaki yang akan kita jumpa. .tak semua dari mereka akan kita (gurls) suka dengan perangai mereka. Ada yang memahami dan ada yang sebaliknya. Huh,, aku dikira bertuah kerana mempunyai buah hati yang sangat memahami. .tetapi kadang2 tu menyakitkan hati juga.

Semua sedia maklum kaum adam adalah pelengkap dan pelindung bagi kaum hawa. Tetapi terdapat beberapa jenis lelaki wanita jauhi kerana personaliti mereka mahupun karenah yang menjengkelkan kaum wanita sendiri. .


  • LELAKI RENGUS : ego dan hanya mementingkan diri sendiri 
  • LELAKI MATA KERANJANG : sesungguhnya wanita tidak pernah senang jika pasangannya memandang perempuan dengan niat yang lain.
  • LELAKI PERASAN BAGUS : mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain
  • LELAKI PEMBENCI WANITA : jejaka dari golongan ini memandang perempuan lemah dan mereka hanya mengharapkan kaum adam saja.

IBU DAN AYAH

seorang anak kebiasaanya akan menghargai ibu dan bapanya apabila mereka sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak.Mereka baru mengerti bertapa rumitnya ibu dan bapa membesarkan bayi yang dilahirkan. sebagai pelajar, aku sangat merindui kedua-dua ibu dan ayahku. Disini aku mengerti bahawa ketiadaan mereka disisi menyukarkan aku. Aku berharap dengan apa yang aku ada sekarang iaitu pengetahuan dan pendidikan akan dapat membantu mereka pada suatu hari nanti. InsyaAllah. semoga pergorbanan mereka selama ini yang membesarkan aku tidak sia-sia. Aku ingin menjadi seorang anak yang taat kepada mereka dan perintah Allah swt. Aminn

"mereka"






ni semua rakan aku. .bermulanya mereka dalam hidup iaitu bermulanya aku disini. .Kehidupan di universiti akan seronok dengan adanya rakan seperjuangan. .

sahabat

malam ni rasa sunyi jew hidup. .hilangnya seorang teman iaitu sahabat sangat sukar untuk dilalui. .semua orang memerlukan sahabat untuk berkongsi masalah, untuk belajar bersama. .tetapi adanya kewujudan orang yang ketiga akan menyebabkan sesuatu itu terjadi sepantas kilat. Hubungan tidak lagi seperti dulu. Yang dulunya pergi mkn bersama, pergi kelas bersama dan semuanya bersama.

Tanpa mereka, siapalah kita yang hidup di dunia ini. Hadis Nabi turut membuktikan bahawa sahabat sangat penting dalam hidup seseorang : "sebaik-baikmsahabat di sisi Allah adalah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya"