Isnin, 13 Mei 2013

CINTA JARAK JAUH !!!!!

As salam kepada semua. .baru siapkan agsment usahawan, so update blog sket. just miss. .haha
Petang tadi member ade cerita, pasangan dia duduk jauh. alaaa mcm cinta jarak jauh la.Korang ade pasangan yang jauh ngn korang?? mesti ade an. .
mehh..kite kongsi tips untuk itu :)

 TIPS CINTA JARAK JAUH :

  • jangan jadikan jarak sebagai masalah
  • kepercayaan diatas segalanya
  • komunikasi sangat penting
  • carilah aktiviti untuk mengisi waktu free korang
  • selalu update
  • luangkan masa untuk bertemu
  • elakkan kata putus dalam petengkaran
guys. . .sape2 yang ade tu amalkan la tips ni, mudah-mudahan hubungan korang makin rapat :)
love u all. .nyte . .double mmmuuaahhhh <3


Ahad, 12 Mei 2013

ADVERTISING PICTURE


hello every body :)
gambar yang kat atas ni time aku wat presentation advertising.

tapi sempat ag snap gambar. .hahaha. 

Jumaat, 10 Mei 2013

Solat Sunat Istikharah

hi guys, ,rase rindu plak nak update blog ni. Ramai dah member2 aku yang dah kawin, yang nak kawin, nak bertunang semua. .tapi aku bile?? tepuk dada tanye slera la. .muda lagi ni. ekonomi pon tak stabil. haha. .tapi sebelum kawin tu, aku syorkan korang semua wat solat sunat istikharah ni. .

taw kew nak wat cam ne?? belajar jom :)

Solat sunat istikharah adalah sejenis solat sunat yang diperaktikkan oleh sebahagian besar masyarakat muslim. Tujuan utama didirikan solat ini adalah meminta petunjuk yang baik daripada Allah swt.

Waktu terbaik untuk mengerjakan solat sunat ini ialah adalah 2/3 malam terakhir. Ianya juga dilakukan sebanyak 2 rakaat.

Niat : "sahaja aku menunaikan solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah taala".

:)_selamat beramal_

Tips Belajar dengan Berkesan

Hari ni guys, aku abiskan masa di library bersama rakan seperjuangan. Kepala penuh dengan kerja yang tak habis2 ag ni.Nasib baik la aku mempunyai kesabaran yang tinggi. Library dipenuhi dengan student2 yang masing2 sibuk wat keje diorang. .Universiti Utara Malaysia. .aku akan berkampung disini selama 3 tahun. Insyaallah :),

Aku nak kongsi tips ari ni. .

BELAJAR DENGAN BERKESAN :

  • menyiapkan jadual waktu tahunan sebagai seorang pelajar
  • membawa peralatan yang cukup semasa ke kelas atau kuliah
  • buat hubungan dua hala dengan guru atau pensyarah
  • bermain dengan warna
  • wujudkan study zone di bilik anda :)
  • ketahui cara terbaik study anda
  • lengkapkan nota
  • jangan bertangguh
  • siapkan diri menghadapi peperiksaan
  • jaga kesihatan
_try this_ good luck <3

Khamis, 9 Mei 2013

CINTA SEJATI



sebenarnya dari mula kejadian kita lagi kita sudah diberi satu fitrah, fitrah untuk mengenal dan mencintai pencipta kita.
_cinta kita kepada pasangan adalah cinta bersebab. .setuju??_

PENGHULU SEGALA HARI

Hi guys, ,salam jumaat buat semua. Hari ni mood aku macam ta oke sangat..tapi hidup mesti diteruskan walau apa keadaan sekalipun. Nak kongsi ni, banyak kelebihan yang ada pada hari jumaat ni. .korang mesti nak taw kan.

Hari jumaat merupakan hari yang paling istimewa bagi kaum muslimin. Kelebihan hari Jumaat :

  • hari yang paling mulia dan merupakan penghulu bagi segala hari
  • waktu yang mustajab untuk berdoa
  • dosa-dosa diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya
Amalan yang patut kita lakukan pada hari Jumaat :
  • membaca surah Al-Sajdah dan surah Al-Insan dalam solat subuh
  • memperbayakkan selawat
  • membaca surah Al-Khafi
  • memperbanyakkan doa
Amalan untuk kaum Adam :
  • mandi,bersiwak dan memakai wangian
  • bergerak awal ke masjid
  • diam mendengar khatib khutbah
  • memakai pakaian yang terbaik
  • melakukan solat sunat selama imam belum naik ke mimbar

Tips Cinta & Perhubungan

Korang sume nak taw, dalam dunia ni ada pelbagai jenis lelaki yang akan kita jumpa. .tak semua dari mereka akan kita (gurls) suka dengan perangai mereka. Ada yang memahami dan ada yang sebaliknya. Huh,, aku dikira bertuah kerana mempunyai buah hati yang sangat memahami. .tetapi kadang2 tu menyakitkan hati juga.

Semua sedia maklum kaum adam adalah pelengkap dan pelindung bagi kaum hawa. Tetapi terdapat beberapa jenis lelaki wanita jauhi kerana personaliti mereka mahupun karenah yang menjengkelkan kaum wanita sendiri. .


  • LELAKI RENGUS : ego dan hanya mementingkan diri sendiri 
  • LELAKI MATA KERANJANG : sesungguhnya wanita tidak pernah senang jika pasangannya memandang perempuan dengan niat yang lain.
  • LELAKI PERASAN BAGUS : mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain
  • LELAKI PEMBENCI WANITA : jejaka dari golongan ini memandang perempuan lemah dan mereka hanya mengharapkan kaum adam saja.